Wednesday, December 24, 2008

Anugerah Belia Felda

Pengiktirafan untuk belia Felda berjaya



Friday, 18 August 2006
KUALA LUMPUR: Golongan belia di tanah rancangan Felda di seluruh negara yang berjaya dalam bidang masing-masing akan diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Belia Felda pada Disember ini.Melalui anugerah yang pertama kali diadakan itu, belia dan beliawanis serta Persatuan Belia Felda akan diberi penghargaan atas sumbangan serta jasa yang mereka taburkan kepada masyarakat Felda.Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Ramli Ismail, berkata tarikh majlis penganugerahan ini belum diputuskan kerana pihaknya masih menunggu tarikh sesuai daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, antara lain, objektif anugerah yang dianjurkan Felda dengan kerjasama Unit Seranta, Jabatan Perdana Menteri serta sokongan MBFM itu adalah untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan terhadap pencapaian masyarakat belia dalam pelbagai bidang.Selain itu, penganugerahan berkenaan juga adalah untuk menggalakkan penyertaan belia dalam kerja sukarela dan kemasyarakatan, menjana sokongan masyarakat umum serta sektor swasta terhadap kerja pembangunan serta memupuk semangat berdikari di kalangan persatuan belia. �Kita sebenarnya mempunyai belia dan beliawanis yang berjaya dalam kerjaya masing-masing tidak kira dalam bidang perniagaan atau pendidikan tetapi tidak diketengahkan.�Dianggarkan 30 peratus anak peneroka berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian dan anugerah ini akan menjadi suntikan kepada mereka untuk terus berjaya dan menjadi contoh kepada anak peneroka lain,� katanya pada sidang media di sini semalam.©The New Straits Times Press (M) Berhad

No comments:

Post a Comment