RM128j perkasa golongan belia Felda
Tuesday, 18 November 2008
PUTRAJAYA 17 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan lebih RM128 juta pada tahun depan bagi memperkasakan golongan belia Felda membabitkan pelbagai program termasuk melatih mereka membaiki pesawat terbesar di dunia.
Peruntukan bagi membangunkan generasi kedua dan ketiga tanah rancangan tersebut antara lainnya membabitkan pembiayaan latihan kemahiran, pendidikan, pembinaan jati diri, pengupayaan persatuan belia, kemudahan perumahan dan keusahawanan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan terbesar adalah bagi projek perumahan di bawah skim Perumahan Warga Felda berjumlah RM65 juta di Felda Pasak, Felda Jengka 11 dan Felda Triang 3, Pahang.
Kata beliau, ia bertujuan memenuhi keperluan generasi kedua dan ketiga untuk memiliki kediaman di tanah rancangan masing-masing.
Menurutnya, sebanyak RM35 juta akan disalurkan bagi latihan kemahiran kepada 5,000 belia Felda di seluruh negara dengan sejumlah 300 orang daripada mereka menjalani latihan kemahiran teknikal tinggi di MAS Engineering Training Center (METC).
Sambil melahirkan rasa gembira, Najib berkata, pelatih dari kalangan belia Felda tersebut bakal menjadi jurutera yang mampu membaiki pesawat-pesawat Malaysian Airline System Berhad (MAS) termasuk menyenggara pesawat Airbus 380.
"Langkah ini bertujuan supaya anak-anak Felda berjaya dalam semua lapangan sehingga ke peringkat antarabangsa dan inilah yang terangkum dalam visi mereka.
"Visi anak Felda bukan dengan badan yang kurus kering kerana menagih dadah dan tidak mempunyai harga diri tetapi mereka perlu menjadi contoh kepada belia yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Forum dan Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) 2008 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Hasan Malik dan Pengerusi Felda, Tan Sri Dr. Mohd. Yusuf Noor.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM17 juta untuk membiayai belia-belia cemerlang yang sedang menjalani pengajian di dalam dan luar negara.
"Peruntukan ini adalah untuk membiayai seramai 36 pelajar yang sedang menjalani pengajian di universiti luar negara termasuk dua orang di United World College di Wales.
"Selain itu, seramai 69 orang sedang mengikuti pengajian A-Level di institusi-institusi pengajian tempatan," katanya.
Dalam pada itu, Najib memberitahu, Felda juga memperkenalkan projek terbaru iaitu program Edible Garden (Taman Tanaman Makanan) dengan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi meningkatkan penggunaan tanah-tanah di sekitar rumah peneroka bagi mengusahakan tanaman sayur-sayuran.
"Program terbaru akan dilaksanakan bermula akhir tahun ini, kita hendak galakkan rumah-rumah peneroka lebih cantik dengan tanaman sayur-sayuran.
"Ini bagi menambah pendapatan dan boleh menjadi penyumbang kepada penghasilan sayur-sayuran untuk keperluan negara," katanya.
Bagi membina jati diri generasi baru Felda, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM540,000 bagi menjalankan program-program seperti Kursus Imam Muda, Kem Bina Remaja, Sukan Warga Felda dan Tilawah Tahunan Al-Quran dan Nasyid.
Menurutnya, sebanyak RM450,000 akan disalurkan kepada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) serta Majlis Belia Felda Wilayah-Wilayah dan persatuan belia rancangan bagi meneruskan usaha pengupayaan persatuan belia.
Katanya, sebanyak RM200,000 pula diperuntukkan tahun depan untuk meneruskan program Tunas Mekar yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam usaha membina golongan usahawan di kalangan siswazah belia Felda.
Wednesday, December 24, 2008
Anugerah Belia Felda
Pengiktirafan untuk belia Felda berjaya
Friday, 18 August 2006
KUALA LUMPUR: Golongan belia di tanah rancangan Felda di seluruh negara yang berjaya dalam bidang masing-masing akan diberi pengiktirafan menerusi Anugerah Belia Felda pada Disember ini.Melalui anugerah yang pertama kali diadakan itu, belia dan beliawanis serta Persatuan Belia Felda akan diberi penghargaan atas sumbangan serta jasa yang mereka taburkan kepada masyarakat Felda.Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Ramli Ismail, berkata tarikh majlis penganugerahan ini belum diputuskan kerana pihaknya masih menunggu tarikh sesuai daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, antara lain, objektif anugerah yang dianjurkan Felda dengan kerjasama Unit Seranta, Jabatan Perdana Menteri serta sokongan MBFM itu adalah untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan terhadap pencapaian masyarakat belia dalam pelbagai bidang.Selain itu, penganugerahan berkenaan juga adalah untuk menggalakkan penyertaan belia dalam kerja sukarela dan kemasyarakatan, menjana sokongan masyarakat umum serta sektor swasta terhadap kerja pembangunan serta memupuk semangat berdikari di kalangan persatuan belia. �Kita sebenarnya mempunyai belia dan beliawanis yang berjaya dalam kerjaya masing-masing tidak kira dalam bidang perniagaan atau pendidikan tetapi tidak diketengahkan.�Dianggarkan 30 peratus anak peneroka berjaya mencipta kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk pertanian dan anugerah ini akan menjadi suntikan kepada mereka untuk terus berjaya dan menjadi contoh kepada anak peneroka lain,� katanya pada sidang media di sini semalam.©The New Straits Times Press (M) Berhad

Subscribe to:
Posts (Atom)