Wednesday, December 24, 2008

Salam Hormat

1 comment:

  1. Salam Hormat..

    Belia Pewaris Bangsa

    Golongan Belia hari ini merupakan generasi pewaris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan. Berdasarkan ungkapan tersebut kesedaran serta persediaan awal perlu dirancang bagi memberi pendedahan serta pendidikan awal agar generasi belia Felda hari ini sedar dan bertanggungjawab bagi mempersiapkan diri mereka serta membina jatidiri yang unggul sebagai ahli masyarakat umumnya dan sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada masa hadapan.

    Kerajaan hari ini telah menyediakan pelbagai program, kemudahan serta bantuan dari segala aspek untuk membantu golongan belia di seluruh negara. Secara keseluruhannya dapat dilihat kebanyakan program atau kemudahan yang disediakan hanya dimanafaatkan oleh belia yang tinggal di bandar dan yang tinggal di sekitar bandar yang berhampiran. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan perbezaan taraf pendidikan serta corak pemikiran mereka yang tinggal di bandar lebih jauh kedepan berbanding belia yang hanya tinggal di kampung dan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Terdapat juga masalah yang disebabkan kepimpinan belia yang lesu serta tidak peka dengan keadaan semasa.

    Jesteru itu, adalah menjadi satu kewajaran bagi membentuk serta merancang satu modul atau program khas untuk mengatasi masalah belia di luar bandar yang dibelenggu isu kepimpinan yang lesu serta ketandusan idea bagi menggerakkan aktiviti mereka.

    Bagi membantu serta menyegarkan kembali aktiviti belia di kawasan luar bandar, beberapa modul dicadangkan secara berperingkat agar dapat dilaksanakan secara khusus seterusnya diterima oleh semua golongan belia peringkat akar umbi.

    ReplyDelete